Dimensi BisnesMalaysiaPilihan Editor

Caj RM1 Pengeluaran Antara Bank Di ATM Dikenakan Semula

Caj transaksi pengeluaran RM1 menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan dikenakan semula kepada pelanggan berkuatkuasa 1 Februari tahun depan.

Berdasarkan semakan BH, beberapa bank termasuk Maybank, Bank Islam Malaysia Bhd, CIMB Bank, RHB Bank, Citibank dan HSBC telah memuat naik notis berkenaan di platform media sosial hari ini.

Dalam makluman di media sosial, Maybank telah menyatakan bahawa mulai 1 Februari, caj transaksi pengeluaran tunai antara bank di ATM akan dilaksanakan semula.

“Pelanggan Maybank masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di ATM Maybank,” demikian menurut bank itu.

Menurut makluman Bank Islam pula, “Bagi pemegang kad Bank Islam, tiada caj dikenakan untuk pengeluaran menggunakan ATM Bank Islam.”

Langkah itu bagi membolehkan orang ramai mengeluarkan wang tunai daripada ATM yang berkongsi sistem MEPS semasa perintah kawalan pergerakan tanpa perlu dikenakan caj RM1.

Caj RM1 yang dikenakan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) kepada pelanggan.

Bank Negara Malaysia (BNM) adalah pemegang saham terbesar dalam PayNet, manakala baki sahamnya dikuasai konsortium 11 bank. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close