MalaysiaPilihan Editor

‘Elaun Pelajar Tajaan JPA Tempatan Ditambah RM100 Sebulan’ – PM Anwar

Kadar bayaran elaun bulanan sara hidup kepada pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam negara, kini dinaikkan sebanyak RM100, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, langkah itu mengambil kira kos sara hidup yang tinggi, sekali gus membebankan golongan mahasiswa.

“Apabila saya ke beberapa universiti, mereka (mahasiswa) membangkitkan perkara ini, iaitu takkan hanya lihat kepada isu pelajar tajaan JPA di luar negara. Mereka ini pelajar (dalam negara) tajaan JPA juga cemerlang, sebab itu ditambah peruntukan RM100 sebulan.

“Ini menjadikan tambahan peruntukan iaitu RM1,200 bagi tempoh setahun,” katanya pada Program Cakna Madani Perdana Menteri bersama pelajar tajaan JPA di institusi pendidikan tinggi di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan turut memutuskan untuk menambah peruntukan membabitkan elaun pelajar tajaan JPA di luar negara.

“Jadi, ditambah peruntukan (elaun) buat mereka,” katanya.

Acara yang dihadiri lebih 2,5000 pelajar tajaan JPA daripada universiti awam dan swasta itu turut disertai mahasiswa luar negara, secara dalam talian.

Program berkenaan bertujuan menyantuni pelajar tajaan JPA atas dasar ihsan Madani, selain berkongsi aspirasi dan hala tuju program Malaysia Madani serta masa depan Malaysia. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close