MalaysiaPilihan Editor

PRK DUN Chini: BN Dicabar Dua Calon Bebas

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini secara rasminya bermula hari ini dengan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN) yang menampilkan calonnya, Mohd Sharim Md Zain dengan dua orang calon Bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli.

Kesemua calon tersebut layak untuk bertanding setelah nama mereka diumumkan pada jam 10.20 pagi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) PRK DUN Chini, Datuk Zaliza Zulkipli di Pusat Penamaan Calon, Dewan Utama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan di sini, hari ini.

SPR menetapkan kertas penamaan calon hendaklah dikemukakan mulai 9 pagi sehingga 10 pagi kepada pegawai pengurus pilihan raya di Pusat Penamaan Calon di Dewan Utama IKBN Pekan.

Bagi BN, Pemilihan Sharim, 41, generasi kedua Felda Chini 3 adalah satu keputusan yang amat tepat dibuat berikutan beliau merupakan anak muda tempatan selain bergiat aktif dalam pergerakan belia sebagai Naib Presiden Majlis Belia Pahang dan Pengerusi Majlis Belia Felda Wilayah Kuantan serta menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan.

Di samping itu, usahawan muda itu amat menyanjung tinggi Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun, yang digelarnya sebagai ‘ayahanda’ dan ‘guru’ dalam kepimpinan dan seterusnya mampu menjadi penyambung legasi perjuangan penyandang DUN Chini itu.

SPR menetapkan hari ini sebagai hari penamaan calon manakala 4 Julai hari pengundian biasa dan 30 Jun hari pengundian awal yang melibatkan 20,990 orang pengundi terdiri daripada 20,972 orang pengundi biasa dan 18 orang pengundi awal.

PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian Abu Bakar pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana serangan jantung.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi, manakala calon PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan Mohamad Razali Ithnain dari PKR (1,065).

Pada PRK DUN Chini ini PKR selaku wakil dari Pakatan Harapan (PH) tidak meletakkan calon bertanding, tidak seperti PRU-14 lalu.

Selaras dengan kuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19 yang masih tidak lagi diputuskan rantaiannya di negara ini, SPR telah menetapkan tiada perarakan penyokong parti bagi mengiringi calon ke pusat penamaan.

Begitu juga dengan beberapa peraturan yang ketat dalam berkempen sama ada dalam bentuk ceramah mahupun membuat lawatan rumah ke rumah. – UMNO ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close