Kedai RuncitPilihan Editor

Jualan 12.12 Agrobazaar Online Curi Tumpuan Ramai

Agrobazaar Online membantu usahawan memasarkan produk serta perkhidmatan berasaskan pertanian secara maya. - FOTO AGROBAZAAR ONLINE
Agrobazaar Online membantu usahawan memasarkan produk serta perkhidmatan berasaskan pertanian secara maya. – FOTO AGROBAZAAR ONLINE

SEJAK pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu, negara menyaksikan peralihan trend pengguna yang lebih gemar membeli-belah secara dalam talian.

Selain mudah dan cepat, pergerakan terhad dan faktor keselamatan juga menjadi sebab utama mengapa orang ramai lebih selesa memilih cara baharu.

Tinjauan BH secara dalam talian mendapati Agrobazaar Online antara platform e-dagang yang popular dalam kalangan pengguna.

Terkenal dengan pelbagai pilihan produk pertanian dan industri makanan, jumlah pelanggan bazar dalam talian itu dijangka terus meningkat sepanjang tempoh pandemik ini.

Bantu usahawan tempatan

Agrobazaar Online dikendalikan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Platform ini membantu usahawan tempatan memasarkan produk serta perkhidmatan secara dalam talian.

Setakat ini, sebanyak 5,913 perniagaan terlibat dengan jumlah keseluruhan 18,889 produk Stock Keeping Unit (SKU) didaftarkan dalam platform berkenaan.

Lebih mengagumkan, sehingga 30 November 2020, Agrobazaar Online berjaya mencatat rekod jualan mencecah RM8 juta.

Jualan 12.12

Image

Dalam perkembangan terbaharu, Agrobazaar Online tampil dengan kejutan sempena acara jualan tahunan 12.12 dan jualan akhir tahun.

Jualan yang dijadualkan bermula 12 Disember 2020 sehingga 1 Januari 2021 itu menawarkan pelbagai promosi menarik termasuk potongan harga sehingga 30 peratus dan penghantaran percuma.

Berikut lima kategori produk popular yang menjadi rebutan dalam platform Agrobazaar Online.

1. Barangan Basah atau Segar

Membeli barangan keperluan dapur di pasar raya atau kedai runcit mungkin sedikit mencabar sewaktu PKP.

Jika anda tidak mahu bersesak di luar, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barangan basah dan segar secara dalam talian di Agrobazaar Online kerana ia dijamin bersih, halal dan kualitinya terjaga.

Image

2. Barangan Kering

Selain barangan basah dan segar, anda juga boleh mendapatkan barangan kering di Agrobazaar Online. Tidak perlu risau kerana hampir semua yang anda perlukan tersedia di Agrobazaar Online.

Image

3. Produk Industri Makanan dan Agromas 

Bagi pelanggan yang ingin mencari kudapan enak untuk santapan seisi keluarga pula, anda pasti teruja melihat pelbagai pilihan produk industri makanan yang sangat menyelerakan.

Image

Paling penting, pastikan produk jenama Agromas ada dalam senarai barang pilihan anda kerana ia sudah tentu berkualiti dan sedap!

Agromas adalah jenama produk makanan yang diusahakan oleh FAMA terdiri daripada kopi pracampur, sardin dalam sos tomato, bihun tomyam, mi bandung segera dan banyak lagi.

Image

4. Produk Kesihatan

Bukan itu sahaja, produk kesihatan seperti madu, susu atau makanan tambahan juga ada dijual di Agrobazaar Online! Cukup mudah membeli-belah di satu platform ini sahaja kerana banyak pilihan produk yang cukup mengagumkan.

Image

 5. Produk Kosmetik dan Penjagaan Diri

Sambil membuat carian barangan rumah, jangan lupa untuk tambah ke troli produk kosmetik dan penjagaan diri. Selain berkualiti, harga yang ditawarkan juga murah dan berpatutan.

Image

Jangan lepaskan peluang!

Image

Seiring peralihan ekonomi digital dalam norma baharu, rakyat Malaysia dijemput memeriahkan acara beli-belah dalam talian di Agrobazaar Online bermula 12 Disember ini.

Sebagai alternatif mudah, pengguna boleh memuat turun aplikasi Agrobazaar Online di App Store dan Google Play.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jualan 12.12 dan jualan akhir tahun Agrobazaar Online, layari laman web rasmi Agrobazaar Online atau ikuti perkembangan terkini menerusi Facebook dan Instagram. – BERITA HARIAN

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close