Duniaku Teknokrat

CGC Lantik Pengerusi Baharu

Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) melantik Datuk Mohammed Hussein sebagai pengerusi baharunya, berkuat kuasa semalam.

CGC, dalam satu kenyataan berkata, Mohammed menggantikan Datuk Agil Natt yang meletakkan jawatan sebagai pengerusi pada 30 Jun.

Mohammed yang memperoleh ijazah Sarjana Muda Perdagangan dalam jurusan Perakaunan daripada University of Newcastle, New South Wales, Australia, pernah berkhidmat dengan Maybank selama 31 tahun dan menjawat pelbagai jawatan pengurusan kanan termasuk Ketua Perbankan Korporat, Ketua Perbankan Komersial dan Ketua Operasi Malaysia.

Beliau juga adalah Pengarah Urusan Aseambankers Malaysia Bhd (kini Maybank Investment Bank Bhd) dan Timbalan Presiden/Pengarah Eksekutif/ Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Maybank sebelum bersara pada 30 Januari 2008.

Pada masa ini, beliau adalah Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Gamuda Bhd, Hap Seng Plantations Holdings Bhd dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd

Beliau juga Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat yang ditaja oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memudahkan resolusi dan penyusunan semula hutang korporat. – BERITA HARIAN

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close