Duniaku TeknokratPilihan Editor

Raja Arshad Dilantik Sebagai Pengerusi Baharu PNB

Permodalan Nasional Bhd (PNB) melantik Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda sebagai Pengerusi Kumpulan PNB berkuat kuasa 1 Jun 2023.

Raja Arshad adalah Pengerusi Ekuiti Nasional Bhd, Icon Offshore Bhd dan Bumi Armada Bhd.

Beliau juga adalah bekas pengarah Maxis Bhd dan Khazanah Nasional Bhd.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn, berkata Lembaga Pengarah dan warga PNB berbesar hati mengalu-alukan Raja Arshad ke Lembaga Pengarah PNB dan membawa bersama-sama pengalaman luas beliau dalam pengawasan syarikat dan institusi.

Raja Arshad adalah bekas Pengerusi Eksekutif PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia dan Pengerusi Pasukan Kepimpinan PwC Asia 7.

Beliau dilantik sebagai Pengerusi pertama Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia.

Di peringkat antarabangsa, Raja Arshad pernah menganggotai Standards Advisory Council kepada International Accounting Standards Board dan ahli Lembaga Global International Financial Reporting Standards (IFRS) PwC.

Beliau telah berkhidmat sebagai anggota Suruhanjaya Sekuriti semasa ia mula-mula ditubuhkan.

Beliau juga pernah menganggotai Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia dan Panel Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Raja Arshad terbabit secara aktif dengan beberapa institusi kebajikan.

Beliau mempengerusikan Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Raja Muda Selangor dan Yayasan Amir. Beliau juga merupakan ahli Lembaga Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor dan Yayasan DayaDiri.

Beliau adalah Canselor Universiti Selangor.

Raja Arshad ialah Felo Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW).

Beliau juga adalah ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA), berkhidmat dalam Majlisnya selama 24 tahun, tiga daripadanya sebagai Presiden. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close