Prof Datuk Dr Mazliham Mohd Su’ud dilantik sebagai Presiden Universiti Multimedia (MMU) yang baharu, berkuat kuasa 1 Ogos lalu.
MMU dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan Mazliham sebagai presiden kelima MMU bagi menggantikan Prof Datuk Dr Ahmad Rafi Mohamed Eshaq, yang menamatkan perkhidmatannya sebagai presiden universiti, pada Februari lalu.
MMU menyatakan pelantikan Mazliham, yang akan membawa pengalamannya hampir 25 tahun dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta industri pendidikan tinggi berasaskan teknologi, tepat pada masanya ketika universiti itu sedang mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pendidikan berasaskan ICT, terutama dalam memperjuang inovasi dan keusahawanan. – BERNAMA


![Photo of BACALAH AUTO [PANDU UJI]: Volvo XC40 Recharge T5 R-Design Kunjungi Bandar “Seattle” Di Semenanjung Utara](https://www.bacalahmalaysia.my/wp-content/uploads/2022/03/XC40f-390x220.jpg)

