Hilton mengumumkan pembukaan DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside yang juga hotel pertamanya di Putrajaya dan dimiliki oleh Indaman Putrajaya Sdn Bhd.
Naib Presiden Hilton bagi Operasi Asia Tenggara, Paul Hutton, berkata hotel dengan kapasiti 290 bilik di Putrajaya itu adalah ketiga milik syarikat itu yang dibuka di Asia Tenggara dalam tempoh kurang daripada setahun.
“Ini menjadi sebahagian daripada portfolio kami yang mempunyai empat hotel DoubleTree by Hilton di Malaysia dan hotel ke-12 di harta tanah operasi kami di negara ini. Pelancarannya pada masa ini juga membuktikan komitmen Hilton untuk mengukuhkan lagi kehadiran kami di destinasi baharu di Malaysia.
“Kami optimis apabila perjalanan rentas negeri dan antarabangsa dibenarkan dalam masa terdekat, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside berada pada kedudukan baik untuk memenuhi keperluan para tetamu kami,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.