Pilihan EditorTwo Cents

ISU AIR LEMBAH KELANG: Semua Pihak Perlu Bertenang, Air Selangor Lakukan Yang Terbaik, Dalang Sudah Ditahan – LIDAH PENGARANG

Sehingga jam 8 pagi (6 September 2020) ini ketika artikel ini diketuk selepas siaran berita dikeluarkan oleh BERNAMA kira-kira jam 11.58 malam tadi (5 September 2020), sebanyak 281 atau 21.75 peratus daripada 1,292 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual di tujuh wilayah di sekitar Lembah Klang telah pulih sepenuhnya.

Itu setakat 9.30 malam tadi (5 September 2020), manakala baki masih lagi dalam proses pemulihan.

Lidah Pengarang menjangkakan sehingga saat ini akan adanya lagi kawasan yang terjejas kembali pulih semula. Terima kasih di atas kemaskini yang sentiasa dikemaskini oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Pengurusan Air Selangor sentiasa berada dalam kesiapsagaan yang tinggi dan perkara ini harus dipuji !

Janganlah dimarahi atau diherdik atau di-troll dalam media sosial baharu kerana dalang dalam isu ini adalah mereka yang telah membuat pencemaran alam sekitar !

Dalam kenyataan media, Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor Elina Baseri berkata Kuala Selangor mencatatkan peratus pemulihan bekalan air tertinggi iaitu 91.7 peratus, diikuti Hulu Selangor (35.29 peratus), Petaling (10.20 peratus) dan Gombak (0.36 peratus).

Tiga lagi wilayah iaitu Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam dan Kuala Langat masih belum mencapai angka peratus pemulihan (0 peratus).

 “Usaha menstabilkan sistem agihan bekalan air sedang giat dilaksanakan untuk mempercepatkan proses pemulihan bekalan air ke kawasan yang masih terjejas,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Air Selangor turut memohon kerjasama pelanggan yang telah menerima bekalan agar menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan Air Selangor. Air Selangor turut memberi jaminan kualiti bekalan air yang diagihkan kepada pengguna selamat dan menepati piawaian Kementerian Kesihatan.

Nampak tak betapa gigihnya kakitangan Air Selangor. Lidah Pengarang juga melihat sokongan dan bantuan lori tangki daripada operator air negeri serta agensi-agensi lain bagi membantu mengagihkan air kepada para pengguna yang terjejas, antaranya Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP).

Ini sesuatu yang perlu dipuji dan wahai para netizen, pujilah perkara ini jua !

Seperkara lagi, dalam dok kelam kabut menangani masalah bekalan air, syabas juga kepada Air Selangor menasihatkan para pengguna mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semasa mengambil bekalan air di Pusat Khidmat Setempat (PKS) dan Pili Air Awam.

Pengguna yang datang untuk mengambil air digalakkan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial 1 meter ketika beratur.

Yang terbaiknya Air Selangor terus menerusi mengemaskini maklumat pemulihan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

Malahan para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air.

Yang penting polis telah menahan empat lelaki pemilik kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang. Kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

Tahniah polis dan Lidah Pengarang difahamkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata sebuah kilang yang disyaki menjadi punca pencemaran bau sehingga menyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Selangor dihenti tugas sejak Khamis lalu, sudah disita dan dikompaun serta-merta selain akan dikenakan tindakan lebih tegas.

Jelasnya, kilang berkenaan disyaki melepaskan bahan pelarut ke dalam Sungai Gong yang mengalir ke Sungai Sembah iaitu antara sungai utama bagi Sungai Selangor.

Mestilah tegas wahai MB Selangor kerana sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah di sekitar Lembah Klang membabitkan hampir 1.2 juta akaun pengguna mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula Khamis selepas empat LRA dihenti tugas susulan insiden pencemaran bau berkenaan.

Sudah tiba masanya kita merobohkan kilang haram yang beroperasi ini apatah lagi beroperasi di tanah kerajaan. Cuba tengok-tengokkan ! Apapun Air Selangor teruskan khidmat terpuji dan cemerlang anda ! – BACALAHMALAYSIA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close