Oleh wartawan BacalahMalaysia.my
Sejarah tercipta kerana tiada pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu kali ke-15 !
Sejarah tercipta DUN Terengganu apabila julung kali mempunyai Timbalan Yang Dipertua.
Nama Khazan yang juga Ketua BERSATU Bahagian Setiu dicadangkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan disokong ADUN Paka, Datuk Satiful Bahari Mamat sebelum diluluskan dengan sebulat suara oleh 32 ADUN.
Terdahulu, bekas EXCO kerajaan negeri, Datuk Mohd Nor Hamzah, mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua.
Pemilihan Mohd Nor sebagai Yang Dipertua dicadangkan Ahmad Samsuri dan disokong ADUN Paka, Datuk Satiful Bahari.
Ahmad Samsuri mendahului senarai 32 ADUN mengangkat sumpah jawatan.
Ini termasuk ADUN Kijal, Datuk Razali Idris, yang juga satu-satunya wakil BERSATU yang juga Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Terengganu dilantik sebagai EXCO Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Terengganu.
Buat kali pertama dalam sejarah juga Terengganu tidak mempunyai pembangkang dalam DUN selepas Perikatan Nasional (PN), menyapu bersih kesemua 32 kerusi pada PRN, 12 Ogos lalu. – BACALAHMALAYSIA.MY/BH ONLINE