Ekonomi Islam & Global

Malaysia Eksport Durian Bernilai RM6.37 Bilion Ke China Dari 2018 Hingga 2025

Malaysia mengeksport sebanyak 115,359 tan metrik bernilai RM6.37 bilion durian dalam pelbagai bentuk iaitu sejuk beku, segar serta pulp and paste ke pasaran China dari tahun 2018 hingga 2025, kata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen hari ini, kementerian itu berkata bagi tempoh 2018 eksport durian pulp and paste Malaysia mencatat 3,555 tan metrik bernilai RM202 juta.

Pada Jun 2019, Malaysia mula mengeksport durian sejuk beku biji ke China melibatkan 3,177 tan metrik (RM143 juta), manakala eksport pulp and paste meningkat kepada 5,239 tan metrik (RM168 juta).

“Eksport durian sejuk beku biji meningkat kepada 6,225 tan metrik (RM286 juta), manakala eksport pulp and paste menurun kepada 3,456 tan metrik (RM171 juta) pada 2020.

“Pada 2021, eksport durian sejuk beku biji ke China meningkat dua kali ganda kepada 12,153 tan metrik (RM577 juta), manakala pulp and paste meningkat kepada 5,895 tan metrik (RM368 juta),” katanya.

Sementara itu, pada 2023, eksport durian sejuk beku biji ke China sebanyak 13,983 tan metrik (RM738 juta), manakala eksport pulp and paste meningkat dua kali ganda kepada 12,321 tan metrik (RM623 juta).

Mulai Ogos 2024, Malaysia mula mengeksport durian segar biji ke China sebanyak 501 tan metrik (RM42 juta), pada masa sama, durian sejuk beku biji masih dieksport, namun, mencatatkan penurunan kepada 8,518 tan metrik (RM418 juta) dan pulp and paste kepada 11,611 tan metrik (RM579 juta).

“Durian sejuk beku biji masih dieksport (pada 2025) namun, menurun kepada 8,518 tan metrik bernilai RM418 juta, manakala eksport “pulp and paste” menurun kepada 11,611 tan metrik bernilai RM579 juta.

“Sehingga Jun 2025, eksport durian segar ke China meningkat kepada 773 tan metrik bernilai hampir RM50 juta, eksport durian sejuk beku biji sebanyak 3,599 tan metrik (RM183 juta), manakala eksport pulp and paste sebanyak 5,241 tan metrik (RM230 juta),” katanya.

Dalam pada itu, KPKM berkata pihaknya melalui Jabatan Pertanian terus komited untuk meneroka peluang serta memperluaskan pasaran baharu durian Malaysia ke negara-negara lain seperti Taiwan dan Peru.

“Nilai eksport durian dari Malaysia dijangka mencecah RM1.8 bilion pada 2030 melibatkan kuantiti eksport sebanyak 69,000 tan metrik,” kata kementerian itu. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close