Duniaku TeknokratPilihan Editor

Hasan Arifin Letak Jawatan Sebagai Pengerusi TNB

Bekas Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin meletakkan jawatan sebagai pengerusi bukan eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Hasan, 69, yang berkhidmat sebagai pengerusi TNB dari 1 Oktober 2021, akan meletakkan jawatan berkuat kuasa 1 Januari 2023, demikian menurut syarikat utiliti nasional itu dalam makluman di Bursa Malaysia.

“Beliau juga akan melepaskan jawatan sebagai pengerusi atau pengarah dalam anak-anak syarikat di bawah kumpulan syarikat TNB.

“Lembaga Pengarah TNB menzahirkan penghargaan kepada Datuk Seri Hasan Arifin di atas sumbangannya kepada syarikat,” katanya.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close