Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

Malaysia Di Tempat Pertama Pembangunan Kewangan Islam

Malaysia meraih kedudukan pertama dalam Indikator Pembangunan Kewangan Islam (IFDI) 2021 dan diikuti Indonesia iaitu pencapaian tahun kedua berturut-turut bagi negara-negara tersebut, kata penyedia data pasaran kewangan Refinitiv.

Malah, Malaysia turut menerajui senarai bagi indikator Pengetahuan, Pembangunan Kuantitatif, Tadbir Urus dan Kesedaran.

Menurut Refinitiv, edisi kesembilan Laporan Pembangunan Kewangan Islam 2021 menunjukkan skor atau pemarkahan bagi IFDI 2021 mengambil kira elemen penting yang membentuk tahun pandemik 2020 bagi sejumlah 135 negara.

Pada tahun lalu, Indonesia berada dalam kelompok tiga negara teratas manakala bagi IFDI 2021, Arab Saudi mencatat peningkatan serupa.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close