MalaysiaPilihan EditorTurun Naik

Belasungkawa: Perginya Bapa Pemodenan Sarawak

Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud, yang meninggal dunia pagi tadi adalah figura penting yang membawa perubahan besar kepada Sarawak sejak beliau mengambil alih tampuk kepemimpinan kerajaan Sarawak pada 1981.

Pemergiannya Allahyarham pastinya amat dirasai segenap lapisan rakyat Sarawak yang menikmati pembangunan yang dibawanya menerusi dasar politik pembangunan.

 

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyampaikan surat cara perlantikan sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Istana Negara di Kuala Lumpur pada 28 Februari 2014.
Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan menyampaikan surat cara perlantikan sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Istana Negara di Kuala Lumpur pada 28 Februari 2014.
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud hari ini menerima surat cara pelantikan bagi menyambung khidmatnya selama dua tahun daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada tahun 2022. - Foto BERNAMA
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud hari ini menerima surat cara pelantikan bagi menyambung khidmatnya selama dua tahun daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada tahun 2022. – Foto BERNAMA

 

Dasar politik pembangunan yang digerakkan Allahyarham selama 32 tahun menerajui kerajaan Sarawak itu menjadi jenama tersohor mengubah landskap negeri itu.

Dasar politik pembangunan itu juga menjadi asas kepada penggantinya, Tan Sri Adenan Satem untuk memperkasakan lagi pembangunan infrastruktur khususnya di kawasan luar bandar.

Tun Abdul Taib (tiga dari kiri) dan Abang Johari (kanan) ketika hadir pada Persidangan Hari Pertama Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kedua DUN Sarawak Ke-19 pada 15 Mei 2023. - NSTP/ Nadim Bokhari
Tun Abdul Taib (tiga dari kiri) dan Abang Johari (kanan) ketika hadir pada Persidangan Hari Pertama Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kedua DUN Sarawak Ke-19 pada 15 Mei 2023. – NSTP/ Nadim Bokhari

 

 

2023- Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud serta Isteri Toh Puan Sri Ragad Kurdi Taib dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, serta isteri Puan Sri Juma' ani Tuanku Bujang, hadir pada Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak Tahun 1445H/2023M di Padang Merdeka, Kuching. - Foto NSTP/NADIM BOKHARI
2023- Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud serta Isteri Toh Puan Sri Ragad Kurdi Taib dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, serta isteri Puan Sri Juma’ ani Tuanku Bujang, hadir pada Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak Tahun 1445H/2023M di Padang Merdeka, Kuching. – Foto NSTP/NADIM BOKHARI

 

Kini dasar yang membawa kepada kestabilan politik diteruskan untuk melonjakkan ekonomi Sarawak di bawah kepimpinan Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

Allahyarham yang berketurunan Melanau dilahirkan di Miri pada 21 Mei 1936 adalah anak saudara Ketua Menteri Sarawak ketiga yang juga Yang di-Pertua Negeri Sarawak keempat, Allahyarham Tun Abdul Rahman Yakub.

 

2023 - Perdana Menteri berkata pertemuan tersebut antaranya menyentuh soal pembangunan dan usaha untuk mengeratkan hubungan kedua-dua wilayah. - Foto/Facebook Anwar Ibrahim
2023 – Perdana Menteri berkata pertemuan tersebut antaranya menyentuh soal pembangunan dan usaha untuk mengeratkan hubungan kedua-dua wilayah. – Foto/Facebook Anwar Ibrahim

 

Beliau memulakan persekolahannya di Sekolah Rendah St. Joseph di Miri dan seterusnya ke Sekolah Menengah St. Joseph di Kuching.

Tamat sekolah menengah, Abdul Rahman mahukan beliau melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang.

Selepas lulus cemerlang pada peperiksaan Senior Cambridge pada 1958 beliau layak mendapat biasiswa Shell untuk melanjutkan pelajarannya ke Universiti Adelaide di Australia Selatan sehingga berjaya mendapat ijazah pertama dalam undang-undang pada 1960.

 

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.08 Satok bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 di Pusat Mengundi Padang Futsal Kompleks Sukan Satok. - Foto BERNAMA
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.08 Satok bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 di Pusat Mengundi Padang Futsal Kompleks Sukan Satok. – Foto BERNAMA

 

Selepas balik ke Sarawak, beliau dilantik sebagai pendakwa raya di dalam ‘Crown Council’ pada 1962 sehingga 1963.

Beliau kemudiannya mencipta sejarah dalam politik Sarawak apabila menjadi individu termuda yang dilantik dalam kabinet sebagai Menteri Komunikasi dan Kerja Raya pada 1963 pada usia 27 tahun.

Pada 1968 hingga 1970, beliau dilantik pula sebagai Penolong Menteri Persekutuan bagi portfolio Perdagangan dan Industri.

Pada 1970, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Malaysia bagi kerusi Kota Samarahan dan mewakili kawasan itu selama 38 tahun.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1970-1972) dan Menteri Sumber Semula Jadi (1972-1974).

Bermula pada tarikh 26 Mac 1981, beliau mengambil alih pentadbiran kerajaan Sarawak daripada Abdul Rahman dan menjadi Ketua Menteri paling lama berkhidmat sehingga meletak jawatan pada 28 Februari 2014 apabila dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketujuh.

Beliau menjadi ketua negeri sehingga 25 Januari lalu selepas berkhidmat selama 10 tahun.

Sepanjang perkhidmatannya sebagai dalam Kabinet Persekutuan dan negeri seterusnya menjadi ketua negeri, beliau mengabdikan hidupnya untuk membangun dan mensejahterakan Sarawak.

Ketika menjadi Ketua Menteri Sarawak, beliau mempamer kualiti sebenar sebagai pemimpin rakyat pelbagai kaum dan kepercayaan agama.

Beliau menyatukan rakyat dan mewujudkan kestabilan politik di Sarawak di bawah dasar politik pembangunan dan memainkan peranan penting dalam melaksanakan dasar untuk menjamin masa depan Sarawak sebagai ekonomi moden.

 

Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni kanak-kanak berpakaian tradisional pada Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan di Tebingan Sungai Kuching bersama Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud. - Foto BERNAMA
Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni kanak-kanak berpakaian tradisional pada Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan di Tebingan Sungai Kuching bersama Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud. – Foto BERNAMA

 

Beliau juga dikenali sebagai Bapa Pemodenan Sarawak apabila mengeksploitasi sumber kekayaan baharu di bawah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Di dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) beliau adalah Presiden paling lama iaitu selama 33 tahun bermula 1981 sehingga 2014.

Abdul Taib berkahwin dengan wanita berketurunan Poland, Puan Sri Laila Taib pada tahun 1959 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Jamilah Hamidah Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman dan Datuk Hanifah Hajar.

Selepas kematian Laila akibat barah pada 29 April 2009 beliau berkahwin pun dengan wanita Lubnan, Toh Puan Raghad Kurdi pada 2010.

 

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan Isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib menghadiri Majlis Sambutan Hari Malaysia di Stadium Tertutup Sibu hari ini. Turut sama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. - Foto BERNAMA
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan Isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib menghadiri Majlis Sambutan Hari Malaysia di Stadium Tertutup Sibu hari ini. Turut sama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. – Foto BERNAMA

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.28 pagi di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) pada usia 87 tahun. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close