Dimensi BisnesPilihan Editor

HONOR Diiktiraf Konsumer Malaysia, Menang Anugerah Aria Brand 2022 Sejak Menjadi Jenama Bebas

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Jenama teknologi terkemuka dunia HONOR Malaysia diiktiraf sebagai antara jenama paling dipercayai di negara ini selepas memenangi Anugerah Gangsa bagi Anugerah Aria Brand 2022 dalam kategori Peranti Komunikasi.

Sejak kembali dalam industri sebagai jenama bebas pada 2020, HONOR telah menstruktur semula sistem pelanggan yang sangat baik pada fasa pertama syarikat tersebut.

Malaysia antara negara penting dalam pelan pemasaran global HONOR, dengan matlamat untuk menumpu kepada pasaran tempatan pada masa hadapan.

HONOR menyasarkan pembangunan jangka panjang untuk mengembangkan jenamanya sebagai pilihan konsumer Malaysia.

Tahun lalu, HONOR telah membuktikan kesungguhannya untuk pergi lebih jauh dan menangani setiap cabaran satu per satu, dengan penghantaran telefon pintar HONOR meningkat sebanyak 651%. Jaringan perkhidmatan juga meningkat 100% dan tahap kepuasan pengguna pada 94%.

“HONOR mengucapkan terima kasih kepada peminat di Malaysia kerana menyokong jenama ini sejak bebas,” kata Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Malaysia, Justin Li.

HONOR telah lama membawa identiti sebagai jenama yang berpegang teguh kepada idealisme sains dan teknologi. Sebagai syarikat yang berpusatkan konsumer, HONOR berkomited membangunkan teknologi baharu untuk menyediakan produk yang lebih baik untuk konsumer Malaysia, termasuk Magic OS yang baru dibangunkan dan telefon boleh lipat HONOR Magic VS.

Dari segi pembangunan dan penyelidikan (R&D), terdapat empat pusat R&D, 100 makmal inovasi, dan lebih 5,500 permohan paten global di seluruh dunia.

Ini mengekalkan kedudukan HONOR sebagai peneraju di pasaran bagi teknologi AI, fotografi, keselamatan dan lain-lain fungsi peranti pintar.

“Bagi 2023, HONOR mahu melangkah lebih jauh bersama rakan kongsi, pengedar, media, konsumer, peminat dan sahabat.

Di HONOR, kami akan terus menarik perhatian terhadap inovasi dengan mencipta produk dan pengalaman pengguna yang menumpu terhadap inovasi teknologi bagi menyelesaikan masalah teknologi yang kerap berlaku setiap hari serta terus mengubah kekuatan teknologi kepada produk boleh dipercayai. Inilah hala tuju HONOR,” kata Li.

Anugerah Aria Brand yang juga dikenali sebagai Anugerah People’s Choice merupakan anugerah ulung bagi mengiktiraf pencapaian dan kecemerlangan jenama dalam landskap pasaran dan pengiklanan.

Anugerah ini membolehkan HONOR mengukuhkan dirinya sebagai antara peranti komunikasi pilihan utama negara ini.

HONOR Malaysia bergelar pemenang Anugerah Gangsa selepas dipilih daripada 25,000 undian konsumer tempatan.

Pencapaian tersebut menandakan reputasi HONOR sebagai peneraju peranti pintar di pasaran untuk aktiviti kerja, kasual dan semua senario. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close