GovernansPilihan Editor

Hutang Negara Sudah Cecah RM1.2 Trilion – Anwar

Hutang negara termasuk liabiliti kini sudah mencecah hampir RM1.2 trilion dan usaha menanganinya wajar disegerakan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedudukan hutang negara terkini itu menurut Perdana Menteri sudah mencecah melebihi 80 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ia turut memberi kesan apabila Bajet Defisit akan lebih melebar daripada jangkaan awal iaitu 5.8 peratus daripada KDNK untuk tahun 2022.

“Masalah hutang negara kini sudah mencecah RM1.2 trilion dan jika ia termasuk liabiliti, ia menjadi RM1.5 trilion,” katanya dalam Majlis Dialog Belanjawan 2023 di Kementerian Kewangan, hari ini.

“Kalau ikut unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sendiri pun, ia (ekonomi) terus menurun.

“Cabaran kita. Masalah-masalahnya ialah, hutang negara sudah mencecah hampir RM1.2 trillion. Ini kenyataan, kerana ada pertikai, kenyataan berubah-ubah.

“Kalau termasuk liabiliti, ia sudah RM1.5 trillion,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, semua pihak termasuk kepimpinan dan wakil kementerian harus menerima kenyataan itu, bahawa ia bukan lagi urusan biasa selain mereka tidak seharusnya terus selesa. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close