
Bagi yang masih mencari aplikasi mesra pengguna yang serba lengkap, anda boleh memuat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia yang dimiliki oleh Media Prima Digital.
Untuk pengetahuan anda, selain sebagai aplikasi peringatan waktu solat, aplikasi Waktu Solat Malaysia ini turut mempunyai fungsi tambahan yang lain seperti panduan waktu solat, koleksi doa-doa dan bacaan al-Quran dengan tafsiran Bahasa Melayu.
Anda boleh memuat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia di laman sesawang HUAWEI, Apple dan Google. – BERITA HARIAN