GovernansPilihan Editor

IRDA Raih Pelaburan Terkumpul RM341.4 Bilion

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) merekodkan pelaburan terkumpul di Iskandar Malaysia berjumlah RM341.4 bilion sejak 2006, dengan 61 peratus daripadanya telah direalisasikan.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Ismail Ibrahim, berkata perancangan pembangunan yang termaktub dalam pelan induk Iskandar Malaysia itu adalah selaras dengan keperluan untuk menyokong matlamat nasional terutama dalam mendorong mobiliti lestari.

“Perancangan bandar adalah aspek penting yang telah diteliti oleh Iskandar Malaysia kerana kami berusaha menangani masalah bandar bermula daripada kekurangan mobiliti yang mapan hingga ketidakseimbangan ekonomi,” katanya ketika menyampaikan ucapan siri Star Talk City Expo Malaysia, baru-baru ini.

Ismail berkata, ketersambungan adalah satu daripada aspek utama yang perlu dipertingkatkan agar produk dan rakyat boleh bergerak lancar, seterusnya berupaya mewujudkan ekosistem untuk menarik pelaburan yang tepat dan memberi impak kepada pelaburan.

“Sejak penubuhan Iskandar Malaysia, liputan pengangkutan awam adalah kurang 35 peratus daripada kawasan geografi dan matlamatnya adalah memperluaskan liputan sehingga kira-kira 90 peratus.

Beliau menjelaskan, sistem BRT akan meliputi kawasan seluas 2,043 kilometer dengan tiga laluan utama iaitu Iskandar Puteri, Skudai dan Tebrau, dengan 44 laluan terus dan 55 laluan penghantar. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close