GovernansPilihan Editor

Isu Bil TNB: Rakyat Adalah Keutamaan – Kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli

oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Hormati dan hargai pandangan rakyat !

Itu kata-kata ikhlas yang datang daripada Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berhubung isu bil elektrik yang dikatakan melambung tinggi ketika rakyat dan negara berdepan dengan isu Covid19.

“TNB (Tenaga Nasional Berhad) telah mengemukakan cadangan berkaitan isu bil elektrik kepada KeTSA (kementerian) dalam mesyuarat pagi tadi.

“Saya bersama KSU KeTSA, TKSU ( Tenaga ) dan pegawai kanan KeTSA serta Suruhanjaya Tenaga ( ST ) yang meneliti dan membuat penilaian mengenainya,” kata Dr Shamsul dalam entri Facebook rasminya.

Dalam entri berkenaan turut menyebut bahawa mesyuarat membuat keputusan meminta TNB mengemukakan semula cadangan termasuk pandangan KeTSA mengenai isu ini dengan mengambil kira semua aspek dalam meeting sekali lagi esok.

“Ketika ini saya difahamkan TNB sedang perhalusi hasil perbincangan dan mesyuarat bersama pada pagi tadi.

“Saya amat hormati dan hargai pandangan rakyat.

“Pandangan atau kritikan yang diberi oleh pelbagai pihak, saya dan KeTSA melihatnya sebagai usaha membantu kementerian saya memberikan yang terbaik untuk rakyat,” jelas Menteri Tenaga dan Sumber Asli lagi.

Dalam apa keadaanpun, Dr Shamsul berkata,  keutamaan kerajaan dan beliau saya adalah RAKYAT.

“Rakyat mesti diberikan pembelaan,” katanya.

Sebelum ini, kebimbangan isu bil TNB itu jelas disuarakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sentiasa prihatin dan cakna dengan isu sekeliling, terutama melibatkan keresahan rakyat.

Dalam entri terbaharu di Facebook rasmi Ahmad Zahid ada menjelaskan menerima banyak rungutan dan aduan dari rakyat beberapa hari ini berkaitan rasa tidak puas hati setelah menerima bil TNB yang dilihat ‘tinggi’ sama ada di kawasan perumahan mahupun bangunan komersial.

“Kita semua sedia maklum sumbangan besar yang pihak TNB berikan kepada kita semua dan negara selama menghadapi tempoh PKP akibat wabak Covid-19.

“Terima kasih TNB,” kata Pengerusi BN.

Walaupun sudah ada penjelasan dari TNB tetapi ianya masih tidak cukup untuk memenuhi kegelisahan rakyat.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close