Duniaku TeknokratPilihan Editor

DRB-HICOM Belum Terima Sebarang Tawaran Daripada Syed Mokhtar

DRB-HICOM Bhd berkata ia tidak menerima sebarang pemberitahuan daripada Tan Sri Syed Mokhtar Shah Syed Nor Albukhary bahawa beliau sedang melaksanakan semakan semula strategik terhadap syarikat itu.

“Syarikat mengesahkan bahawa ia tidak menerima sebarang notis mengenai tawaran pembelian,” kata konglomerat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ia sebagai maklum balas kepada laporan Bloomberg yang memetik sumber yang tidak dinamakan bahawa Syed Mokhtar sedang berbincang dengan penasihat berpotensi mengenai pilihan yang berkemungkinan membabitkan pembelian syarikat itu.

Artikel itu diterbitkan oleh beberapa media tempatan.

DRB-HICOM berkata, jika terdapat sebarang perkembangan dalam perkara tersebut, ia akan membuat pengumuman yang sewajarnya kepada Bursa Malaysia Securities Bhd tepat pada masanya mengikut Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close