Duniaku TeknokratPilihan Editor

Jalil Rasheed Dilantik Sebagai CEO BCorp

Berjaya Corporation Bhd (BCorp) mengumumkan pelantikan Abdul Jalil Rasheed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan yang baharu, berkuatkuasa semalam.

Beliau sebelum ini adalah bekas Presiden & CEO Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), pengurus dana amanah negara.

Dalam kenyataannya, BCorp berkata, Abdul Jalil mempunyai pengalaman 18 tahun dalam kepimpinan perniagaan dan pelaburan, selepas berkhidmat di United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Malaysia dan Singapura bersama firma pelaburan global, Aberdeen Standard Investments serta Invesco Limited.

Selain pengalaman pelaburan, Abdul Jalil juga mempunyai pengalaman selama beberapa tahun bekerja bersama syarikat besar dan Lembaga Pengarah dalam bidang tadbir urus korporat serta memupuk kecemerlangan dan keberkesanan operasi.

BCorp dalam kenyataan sama turut mengumumkan bahawa Datuk Seri Robin Tan Yeong dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif berkuatkuasa semalam.

Beliau melepaskan jawatannya sebagai CEO Kumpulan semalam. – BERITA HARIAN

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close