Kedai RuncitPilihan Editor

Dari Kedai Jahit, Kini Miliki Pejabat Urusan

Setiap perniagaan pastinya ada rintangan serta cabaran yang perlu ditempuhi. Luarannya nampak tenang, tapi dalamannya hanya tuhan sahaja yang tahu.

Seperti yang dilalui oleh Rosniwati Beharom, 45, perniagaan produk kesihatan kulit Saapuu yang diusahakannya tidak terlepas daripada asam garam dunia perniagaan sejak dia menceburinya dari tahun 2003 hingga kini.

Daripada perniagaannya berstatus ‘enterpris’ sehinggalah syarikatnya dinaik taraf menjadi ‘sdn bhd’, dia pelbagai cabaran telah pun dilaluinya.

“Kalau nak diimbas semula, saya mula menceburi dunia bisnes ini sejak tahun 2003. Daripada berstatus ‘enterpris’, syarikat saya naik taraf menjadi ‘sdn bhd’ sejak Januari tahun 2020.”

“Saya dan suami hanya golongan biasa sahaja yang mana sebelum berkahwin saya menjahit baju dan membantu emak saya berniaga di pasar awam.”

Pada ketika itu, dia menyatakan bahawa pendapatannya bersama suami masih tergolong dalam golongan B40.

Dia memulakan karier perniagaannya selepas memutuskan untuk berhenti daripada kerja dan memberanikan diri menyewa kedai dengan hasil pinjaman yang diperoleh daripada MARA.

“Maka dari situlah bermulanya liku-liku kehidupan saya, suka duka sebagai tauke kedai jahit.”

Menurutnya, dia telah membuka butik jahitan secara kongsi separuh sewa kedai bersama dengan isteri rakan kepada suaminya yang pada ketika itu mengusahakan butik andaman pengantin.

Namun begitu, selepas beberapa tahun isteri rakan kepada suaminya itu berniaga, mereka terpaksa menutup kedai mereka kerana masalah keluarga.

Disebabkan itu, dia telah mengambil alih perniagaan yang ditinggalkan oleh isteri rakan kepada suaminya berkenaan.

Namun tidak mudah kerana setelah beberapa tahun mengambil alih perniagaan tersebut, dia telah diuji dengan dugaan yang diturunkan.

“Tahun pertama, kedua dan ketiga Alhamdulillah, perniagaan boleh di katakan ok. Masuk tahun keempat apabila terlalu banyak sangat saingan dalam bidang andaman dan jahitan maka dari situ lah berlakunya kemerosotan dalam perniagaan saya.

“Pada masa itu banyak orang catering membuat pakej sekali pelamin, baju dan ‘makeup’ tetapi saya pada ketika itu hanya membuat baju pengantin dan makeup pengantin sahaja, dan pelamin saya sub pada orang. Jadi di situ dengan ilmu yang ciput dan persaingan yang hebat maka andaman pengantin saya merosot dan yang masih boleh bertahan hanya jahitan baju sahaja,” katanya.

Selepas pelbagai ujian yang dilaluinya, dia dan suami berpakat untuk menceburi perniagaan lain dan di situ tertubuhlah Saapuu di bawah syarikat Mawar Shazni Sdn Bhd serta memiliki produk mereka sendiri.

Produk yang telah dipasarkan mereka sejak bulan Jun tahun lalu telah dijenamakan semula dan dilancarkan sekitar bulan Disember tahun lalu. Menurutnya, produknya mengandungi pelbagai ramuan asli dan organik antaranya ialah Aloe Vera, Daun Bidara, Curcumin, Minyak Argan serta madu.

Produk yang SAAPUU ini adalah untuk membantu mereka yang mengalami masalah kulit seperti Psoriasis, eczema, masalah ruam susu dan jangkitan kuman pada kulit.

Suaminya adalah merupakan antara testimoninya yang terawal kerana mengalami penyakit Psoriasis.

“Psoriasis dia mula di kesan pada tahun 1998 yang mana masa itu dia sendiri pun tak menyedari yang itu adalah psoriasis. Semakin hari kulit dia mengalami kegatalan dan tidak keselesaan terutamanya bila terkena pancaran matahari dan terdedah dengan cuaca yang panas dan berpeluh. Maka setiap kali keadaan itu berlaku psoriasis dia semakin aktif keluar.

“Kami telah bercadang untuk menjual produk secara online dan dengan adanya teknologi Nano yang sedang berkembang pesat pada masa ini, maka terdetiklah kami untuk menghasilkan produk SAAPUU yang mana bahan-bahannya adalah dari bahan-bahan organik yang saya gunakan sebelum ini untuk kulit suami,” katanya.

Bukan itu sahaja, produk yang dikeluarkan olehnya itu juga telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah menjalani ujian makmal (lab test) Justeru daripada itu, kepada sesiapa yang mempunyai penyakit kulit amat disarankan untuk mencuba produk SAAPUU ini.

Kepada sesiapa yang ingin menjana pendapatan atau mahu membeli produk , sila layari www.saapuu.com – BERITA HARIAN

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close