MalaysiaPilihan Editor

Jalinan Rakyat Pergerakan Wanita UMNO Di Seluruh Negara Sudah Bersiap Sedia PRU15 – Presiden UMNO

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Jalinan Rakyat (JR) Pergerakan Wanita Sudah Bersiap Sedia !

Bersiap Sedia Menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) !

Keyakinan itu disuarakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sewaktu perjumpaan bersama Pergerakan Wanita UMNO seluruh negara yang berkumpul di Institut Latihan Mempekasakan Ummah (ILMU) di Janda Baik, Pahang, pagi tadi.

Dalam entri terbaharu Facebook rasminya, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) melahirkan keyakinan bahawa JR Pergerakan Wanita sudah bersiap sedia.

“Pagi ini saya bersama kepimpinan Wanita UMNO seluruh negara di ILMU.

“JR Wanita dah bersiap sedia menghadapi PRU 15.

“Tahniah Wanita UMNO Malaysia,” kata Presiden UMNO.

Pemerhati politik yang melihat perkembangan terkini ini menganggarkan lebih setengah juta ahli Pergerakan Wanita UMNO dalam jentera JR akan digerakkan membantu UMNO, BN dan Muafakat Nasional (MN) pada PRU15.

Malahan pemerhati politik menyifatkan JR sudah pun dalam keadaan bersiap siaga dan bekerja sebaik mungkin bagi memperoleh kemenangan cemerlang pada PRU15 nanti.

Kekuatan jentera JR dilihat perkara paling digeruni pembangkang kerana perkhidmatan politik yang diberikan kepada rakyat amat berkesan.
Pemerhati politik menjelaskan bahawa JR mempunyai susun atur kerja yang tidak bermusim malah sentiasa mendampingi rakyat ketika senang mahupun susah.

Kebiasaannya gerak kerja jentera JR sentiasa berjalan dan bukannya menunggu tahun pilihan raya untuk memulakan kerja.

Seperti mana yang pernah dikatakan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad bahawa Wanita UMNO bukan lagi mengikut model lama malahan dalam jentera JR, mempunyai dinamika politiknya.

Katanya, JR terbukti memberi impak dan membantu parti selama ini dan jika dihentikan maka matilah seluruh jentera parti.

“Namun perlu diingatkan, pendekatan dan pemikiran JR perlu berubah supaya sesuai dengan keadaan sekarang.

“JR akan lebih giat melaksanakan pendekatan ‘bottom-up’ dari bawah ke atas tanpa perlu meninggalkan pendekatan atas ‘top-down’ atas ke bawah. Kita perlu menggunakan apa juga cara yang ada untuk lebih rapat dengan rakyat terutama melalui aplikasi media sosial.

“Melalui jentera Wanita UMNO, kita akan terus menyantuni setiap lapisan masyarakat secara bersemuka atau face-to-face tetapi melalui penambahbaikan yang disesuaikan dengan kekangan dana kita hadapi sekarang,” katanya.

Noraini juga pernah berkata, Wanita UMNO juga perlu mewujudkan perkongsian strategik seiring memperkukuhkan hubungan sedia ada dengan organisasi luar.

“Ini termasuklah badan bukan kerajaan, kumpulan berkepentingan dan organisasi media yang boleh membantu parti dalam meraih semula mandat rakyat.

“Untuk itu, aktivis dan profesional wanita yang mempunyai pengalaman, pengetahuan, serta kelebihan perlu disantuni.

“Kita perlu menyediakan landasan kepada rakyat sebagai pihak berkepentingan supaya mudah mereka melontarkan idea dan menyumbangkan kudrat tanpa mengira agama dan bangsa. Wanita UMNO juga perlu mendengar dengan teliti, realistik, terbuka dan peka dengan perubahan sekeliling,” katanya. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close