Duniaku Teknokrat

Jay Khairil CEO Baharu BSN

Bank Simpanan Nasional (BSN) melantik Jay Khairil Jeremy sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa hari ini, menggantikan Datuk Yunos Abd Ghani yang bersara pada 30 November tahun lalu.

“Lembaga pengarah yakin beliau boleh mengetuai BSN ke fasa pertumbuhan seterusnya,” kata Pengerusi BSN, Rossana Annizah Rashidi dalam satu kenyataan.

Jay Khairil mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam perbankan, dengan jawatan terakhirnya sebagai ketua juruaudit dalaman Alliance Bank Financial Group.

Sebelum menyertai Alliance, beliau pernah menjadi Ketua Pegawai Kewangan di BSN, membantu bank mencapai prestasi kewangan yang kukuh melalui pengurusan aset dan liabiliti berhemah, langkah pengoptimuman kos dan peningkatan proses yang relevan.

BSN kini mempunyai lebih daripada 7,400 pekerja, disokong oleh 390 cawangan, 38 pusat mikro, 675 mesin juruwang automatik, 317 mesin deposit tunai dan 3,428 ejen bank berdaftar di seluruh negara.

Bank itu mempunyai lebih sembilan juta pelanggan di seluruh Malaysia dengan deposit runcit berjumlah RM17.81 bilion setakat Disember 2020. – BERITA HARIAN

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close