Grab Holdings Ltd yang berpangkalan di Singapura hari ini mengumumkan bahawa pengasas bersamanya, Tan Hooi Ling akan berundur daripada peranan operasinya di syarikat seru pandu itu menjelang akhir tahun ini.
Pelan penggantiannya sudah disediakan buat masa ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Grab, Anthony Tan dalam satu memo dalaman kepada pekerja, sambil menambah bahawa Hooi Ling juga akan melepaskan jawatan pengarahnya.
Tan dan Hooi Ling membangunkan firma pengangkutan dan penghantaran makanan terbesar di Asia Tenggara menerusi idea yang dibina daripada pertandingan usaha niaga Harvard Business School pada 2011.
Beliau kini mengetuai bahagian teknologi Grab dan berkhidmat sebagai ahli lembaga sejak penyenaraian awamnya pada Disember 2021. – REUTERS