MalaysiaPilihan Editor

BN Masih Relevan, Masa Depan Cerah Untuk Membawa Kejayaan PRU15 – Ahmad Zahid

oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

BN (Barisan Nasional) bukan sahaja masih relevan tetapi punya masa depan cerah !

Sokongan padu parti kompenan dan Muafakat Nasional (MN) dituntut untuk membawa kejayaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti !

Keyakinan ini datangnya dari Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada pemberita selepas pengumuman rasmi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini malam tadi.

Malahan dalam entri Facebook (FB) rasminya turut memberi keyakinan bahawa kemenangan besar di DUN Chini adalah manifestasi kerja kuat jentera UMNO, BN dan MN dalam memastikan BN terus menjadi wakil rakyat dalam memperjuangkan kepentingan masyarakat setempat.

“Kerja kuat ini harus diteruskan ketika menghadapi PRU ke-15 nanti agar kita menang untuk membentuk kerajaan yang stabil, dinamik dan bertanggungjawab,” kata Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO.
Dalam sidang akhbar malam tadi, beliau juga menyifatkan kemenangan enam kali dalam pilihan raya kecil (PRK) termasuk yang terbaharu di PRK DUN Chini membuktikan BN masih relevan dan diterima oleh rakyat.

Ahmad Zahid Hamidi, berkata lambang dacing (BN) tidak lagi diterima rakyat terbukti tidak benar.

“Saya yakin enam PKR ini (selepas Pilihan Raya Umum ke-14)  jelas memberikan suatu bukti bahawa BN bukan sahaja masih relevan tetapi mempunyai masa depan cerah jika parti komponen serta sokongan Muafakat Nasional dapat membawa kejayaan pada PRU15 nanti.

“Apatah lagi sekarang kita menyokong Perikatan Nasional.

“Kombinasi ini juga menyumbang kejayaan (kemenangan) selain pengundi Chini sendiri mahu kesinambungan perkhidmatan BN,” katanya lagi.

BN sebelum ini menang PRK Parlimen Cameron Highlands, DUN Semenyih, DUN Rantau, Parlimen Tanjung Piai dan  Parlimen Kimanis. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close