Lebih 10,000 penduduk sekitar Titiwangsa diraikan dengan sumbangan raya bagi memeriahkan persiapan menyambut kedatangan 1 Syawal.
Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata acara tahunan itu terbuka kepada sesiapa saja yang menghuni sekitar parlimennya tanpa mengira latar belakang pendapatan dan keluarga.
“Ini lokasi keempat saya meraikan masyarakat dengan sumbangan raya bagi meraikan kemeriahan persiapan menjelang Syawal dan ini menjadi acara tahunan untuk penduduk Parlimen Titiwangsa


Pemberian kuih raya itu hasil sumbangan Yayasan Bena Nusa.
Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, hampir 5,000 orang menerima sumbangan raya di tiga lokasi sebelum ini.

“Kita memberi mereka pautan borang ‘Google’ tanpa menetapkan sebagai syarat misalnya penerima dikhususkan kepada golongan B40 kerana mahu sesiapa datang untuk disantuni.
“Biarpun pendaftaran ditetapkan secara dalam talian, ada yang datang secara bersemuka, urus setia kita tetap mengambil maklumat mereka dan memasukkannya dalam rekod,” katanya.

Katanya, program sumbangan raya diberitahu awal supaya kita dapat membuat persiapan untuk memastikan berapa bilangan penerima.
“Biarpun ada yang lambat datang dan hanya daftar di sini, kita bantu mereka ‘key-in’ maklumat supaya memudahkan kita susun jentera membuat persiapan,” katanya.
Dalam pada itu, penerima orang kurang upaya (OKU), Zabidah Abas, 62, berkata sumbangan raya dari Parlimen itu akan digunakan untuk membeli makanan berikutan keadaannya dan suami adalah OKU.

“Saya memang tidak dapat memasak kerana tidak dapat berdiri lama berikutan masalah lulut dan kecacatan kaki, mahu berdiripun kena berpaut pada dinding.
“Jadi saya bersyukur terima sumbangan duit raya dan ia dapat meringankan sedikit beban suami yang turut menghidap darah tinggi dan kencing manis,” katanya yang tinggal di Jalan Cochrane.
Sementara itu, surirumah, Jamayah Omar, 74, berkata lebaran akan diraikan bersama lapan anaknya di Taman Maluri.
“Pada usia emas ini, masa bersama anak-anaknya paling berharga. Masa muda dulu, saya berniaga.
“Sekarang saya tinggal dengan anak-anak bujang, syukur anak-anak bertanggungjawab berkongsi rezeki menyara saya,” katanya. – BH ONLINE
