Duniaku TeknokratPilihan Editor

Mustakim Mohamad Dilantik Jadi Pengarah Urusan, CEO Baharu TH

Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan Lembaga Tabung Haji (TH), Mustakim Mohamad dilantik Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH yang baharu menggantikan Datuk Syed Hamadah Syed Othman.

Pelantikan Mustakim yang berkuat kuasa 6 Mei 2025 diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar hari ini.

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam kenyataan memaklumkan, Mustakim mempunyai Ijazah Sarjana dari Universiti RMIT di Australia dalam jurusan kewangan serta diiktiraf sebagai ahli Felo Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA).

Beliau telah berkhidmat hampir 20 tahun di TH merangkumi pelbagai bidang termasuk kewangan, pelaburan, perkhidmatan deposit dan operasi, serta teknologi maklumat dan keselamatan.

Kenyataan itu memaklumkan pelantikan Mustakim selari dengan falsafah TH untuk terus menerajui kecemerlangan dari setiap sudut demi manfaat para pendeposit termasuk mengurus cabaran beroperasi dalam keadaan pasaran global tidak menentu serta peningkatan kos perkhidmatan pihak ketiga seperti kos penerbangan, penginapan dan perubatan.

“Pelantikan Mustakim adalah berasaskan pengalaman dan keupayaannya dalam merealisasikan wawasan TH ke peringkat seterusnya,” menurut kenyataan itu.

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memaklumkan, kepimpinan baharu akan mengutamakan pendekatan proaktif dan inovatif untuk memastikan TH menjadi institusi Islam yang mampan dalam jangka panjang.

Sementara itu, TH dalam kenyataan memaklumkan peralihan kepimpinan mencerminkan kekuatan institusi itu dalam melahirkan bakat dalaman.

“Mustakim telah berkhidmat hampir dua dekad di TH dan diyakini mampu memikul tanggungjawab ini selari dengan usaha berterusan TH untuk menerajui kecemerlangan dari setiap sudut demi manfaat para pendeposit.

“Ahli-Ahli Lembaga Pengarah merakamkan penghargaan kepada Syed Hamadah atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang tempoh dua tahun memikul tanggungjawab sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH,” menurut kenyataan itu. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close