GovernansMalaysiaPilihan Editor

Kerajaan PN “Adi Wira Malaysia” Mensejahterakan Ekonomi Kebajikan Rakyat & Pemulihan Ekonomi Negara Menerusi PEMERKASA – Kaukus Dewan Negara

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Adi Wira Malaysia !

Bapa Kesejahteraan Rakyat Negara !

Itulah kesimpulan terbaik terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

Dalam hal ini, Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara menyifatkan Kerajaan PN sebagai “Adi Wira Malaysia” dalam mensejahterakan ekonomi kebajikan rakyat dan pemulihan ekonomi negara dengan memperkenalkan formula ekonomi secara berterusan iaitu PEMERKASA.

Pengerusinya, Senator Datuk Razali Idris berkata perjuangan adi wira dalam darah daging Kerajaan PN terus menyantuni kebajikan rakyat dan proses pemulihan ekonomi dalam pelbagai sektor menerusi PEMERKASA dengan peruntukan RM20 bilion, dengan suntikan fiskal baharu oleh Kerajaan berjumlah RM11 bilion.

Bertiangkan 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang masih terkesan, tidak ada musabab mengapa langkah Kerajaan PN menjadi sasaran kritikan pihak tertentu.

Kata Razali yang juga Timbalan Presiden Majlis Senator Malaysia, pastinya rakyat terus menarik nafas lega dan pengusaha-pengusaha sektor ekonomi dan industri negara dibantu sehabis baik dalam memastikan tiada kumpulan masyarakat yang tercicir.

“Kami akan terus memantau dan mendengar keluh kesah dan nadi denyut rakyat jelata dalam menjadi suara rakyat untuk disampaikan secara terus kepada “Adi Wira” Kerajaan PN yang telah menunjukkan komitmen luar biasa sepanjang setahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pastinya, menurut Razali, rakyat tidak akan melupakan jasa dan pengorbanan Kerajaan PN di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai “Bapa Kesejahteraan Rakyat Negara”.

“Sebagai bapa yang sentiasa mendengar dan peduli terhadap nasib rakyat.

“Berpegangkan kepada amanah yang dipikul, maka sudah tentu tanggungjawab dan keikhlasan menjadi cerminan kepada keputusan yang efektif dan efisien.,” kata Razali.  – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close