MalaysiaPilihan Editor

101 Projek RundinganTerus Bernilai RM6.61 bilion Sewaktu Diluluskan Di Bawah Kerajaan PH Dibimbangi Kemungkinan Ada Unsur Penyelewengan – Kata Norliza Abdul Rahim

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Perkara paling dibimbangi adalah kemungkinan ada unsur-unsur salah tadbir urus !

Perkara paling dibimbangi adalah kemungkinan ada unsur-unsur penyelewengan kuasa serta kedudukan !

Perkara paling dibimbangi adalah kemungkinan ada unsur-unsur kronisme dan nepotisme !

Perkara ini ditegaskan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim selepas pendedahan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen Malaysia berhubung kerajaan Pakatan Harapan (PH) mentadbir selama 22 bulan lalu meluluskan 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus.

“Perkara ini hendaklah segera disiasat secara terperinci.

“Rakyat perlu mengetahui senarai projek yang dilaksanakan secara rundingan terus walaupun perolehan rundingan terus boleh dilaksanakan bagi keadaan tertentu dan menepati beberapa kriteria,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini.

Norliza yang juga Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang turut menegaskan bahawa rakyat mahu senarai projek didedahkan bagi membuktikan adakah kerajaan PH mengamalkan sikap telus dan keterbukaan seperti mana yang sering kali diucapkan bekas Menteri Kewangan kerajaan PH lalu,  Lim Guan Eng.

“Ini satu persoalan besar yang perlu dijawab kerana ia membabitkan sejumlah wang rakyat yang besar.

“Kita juga hendak mengetahui setakat mana status dan kemajuan yang telah dicapai menerusi 101 projek runding terus terbabit.

“Saya beranggapan andainya projek itu membawa manfaat kepada rakyat dan ekonomi dalam waktu 22 bulan, itu sudah menjadi tanggungjawab kerajaan pada ketika itu, tetapi perkara paling dibimbangi adalah kemungkinan ada unsur-unsur salah tadbir urus, penyelewengan kuasa serta kedudukan, kronisme dan nepotisme,” ujar Norliza lagi.

Hari ini juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menerima beberapa memorandum daripada badan bukan kerajaan (NGO), berhubung isu pemberian secara rundingan terus 101 projek perolehan kerajaan, bernilai RM6.61 bilion.

SPRM akan mendapatkan senarai 101 projek daripada Kementerian Kewangan yang dikatakan diberi secara runding terus, semasa pemerintah kerajaan terdahulu.

“Satu kajian menyeluruh akan dibuat bagi menentukan sama ada wujud unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa berhubung perkara ini.

“SPRM menggesa semua pihak untuk memberikan ruang kepada suruhanjaya ini untuk meneliti perkara berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close