Duniaku TeknokratPilihan Editor

Majoriti Peneroka FELDA Sokong Pengambilalihan FGV

Sokongan pemegang saham FGV Holdings Bhd dalam kalangan peneroka dan warga FELDA akan membolehkan penguasaan FELDA ke atas syarikat perladangan itu terus meningkat.

FELDA dalam satu kenyataan hari ini berkata, pengambilalihan FGV adalah suatu langkah penting dalam Pelan Pemulihan yang diluluskan oleh kerajaan demi manfaat warga FELDA.

Katanya, ia dibuat pada terma yang munasabah dan tidak membabitkan kepentingan peribadi mana-mana pihak.

“Sesi penerangan juga sudah dilaksanakan secara maya kepada Ahli Jawatankuasa Perunding Peneroka, Majlis Belia FELDA Malaysia, Kami Anak FELDA, pengurusan wilayah dan rancangan FELDA, kakitangan serta pesara FELDA untuk membolehkan mereka memahami kepentingan usaha yang dijalankan dan dapat disampaikan kepada warga peneroka.

“Semuanya demi kepentingan 112,638 peneroka dan dua juta warga besar FELDA. Sokongan kakitangan, peneroka dan seluruh warga FELDA pastinya menjadi antara faktor utama kejayaan usaha ini,” katanya.

Mengulas mengenai harga tawaran yang dikemukakannya, FELDA berkata harga tawaran RM1.30 sesaham adalah wajar kerana ia adalah harga sama yang dirundingkan secara bebas dan profesional dengan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dan Urusharta Jamaah Sdn Bhd yang melebihi harga pasaran.

“Selain itu, ia juga mewakili 10 peratus premium ke atas harga terakhir RM1.18 sebelum notis tawaran perolehan dikeluarkan.

“Ia mewakili 15 peratus premium ke atas harga purata RM1.13 yang

diniagakan dalam jangka masa setahun sebelum notis tawaran

dikeluarkan.

“Ia adalah 49 peratus lebih tinggi berbanding 87 sen nilai aset ketara bersih (NTA) FGV pada 30 September 2020,” katanya.

Selain itu, FELDA berkata, adalah janggal apabila buat kali pertama pengarah bebas sesebuah syarikat yang bakal diambil alih, bercanggah pendapat dengan penasihat bebas yang mereka sendiri lantik, iaitu RHB Investment Bank.

Untuk rekod, katanya, dalam tempoh tiga tahun sebelum ini, terdapat 13 syarikat tersenarai yang terbabit dalam tawaran saham mandatori atau sukarela.

“Dalam kesemua 13 transaksi ini, tiada percanggahan pendapat dan pengarah bebas menerima pendapat yang dikeluarkan oleh penasihat bebas yang mereka lantik,” katanya.

Pada 30 Disember 2020, FGV mengumumkan pelantikan RHB Investment Bank sebagai penasihat bebas untuk menasihati pengarah bebas dan pemegang saham FGV sama ada tawaran saham oleh FELDA adalah adil dan wajar.

Pada 22 Januari lalu, RHB Investment Bank memberikan pendapat mereka bahawa harga tawaran RM1.30 adalah tidak

adil, tetapi wajar dan menasihatkan pemegang saham menerima tawaran FELDA.

Bagaimanapun pengarah bebas FGV pula tidak bersetuju

dengan pendapat RHB Investment Bank dan menasihatkan pemegang saham menolak tawaran FELDA. – BERITA HARIAN

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close