MalaysiaPilihan Editor

PRK DUN SLIM: “Jeneral” PRK DUN Slim Adalah Datuk Saarani Mohamad

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Sah !

“Jeneral” yang dilantik untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim ialah Datuk Saarani Mohamad.

Ini diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  malam tadi (24 Julai 2020).

Keputusan mesyuarat memutuskan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad sebagai “Jeneral” atau Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Slim untuk meneruskan kemenangan berterusan bagi UMNO-BN.

UMNO Online melaporkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz pula dilantik untuk menjadi Pengarah Operasi pilihan raya kecil tersebut.

Beliau dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa akan membantu sepanjang kempen PRK DUN Slim yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan berlangsung pada 29 Ogos ini.

Kelmarin, SPR mengumumkan hari penamaan calon pada 15 Ogos, manakala tarikh mengundi awal pada 25 Ogos.

Kerusi DUN Slim kosong selepas penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang pada 15 Julai lepas akibat serangan jantung ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, Mohd Khusairi yang mewakili Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi berkenaan dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.

PRK DUN Slim merupakan PRK ke-12 diadakan selepas PRU14.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close