MalaysiaPilihan Editor

MELAKA MEMILIH: Pelantikan Datuk Kalsom Sebagai Exco Melaka Boleh Dijadikan Ikonik – Kata Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

“Tahniah diucapkan kepada Ketua Wanita UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Kalsom Nordin sebagai EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Melaka,” kata Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim.

Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu membuktikan sumbangan dan pengalaman Wanita dihargai pucuk pimpinan tertinggi.

Kata Norliza yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, pelantikan itu adalah hasil kegigihan yang luar biasa ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka lalu.

“Semangat juang yang jelas, bertenaga dan menampilkan keberanian serta sumbangan Wanita bagi memastikan masyarakat di seluruh negeri Melaka mendapat perkhidmatan terbaik.

Datuk Kalsom adalah ikonik yang boleh ditampilkan sebagai orang politik yang sangat setia selepas berkecimpung lebih 30 tahun lalu selain generasi kepimpinan Wanita yang muda, segar dengan idea dan pembaharuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tahniah jua kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, YB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang juga ADUN Tanjung Bidara mengetuai portfolio Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri; ADUN Serkam, YB Datuk Zaidi Attan (EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar); ADUN Telok Mas, YB Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (EXCO Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani); ADUN Gadek, YB Tuan VP Shanmugam (EXCO Belia, Sukan dan NGO); ADUN Pengkalan Batu, YB Datuk Kalsom Nordin (EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan).

Di samping itu, tahniah jua kepada ADUN Merlimau, YB Dr Akmal Saleh (EXCO Kesihatan dan Antidadah); ADUN Paya Rumput, YB Datuk Rais Yasin (EXCO Pendidikan dan Teknologi) dan ADUN Machap Jaya, YB Ngwe Hee Sem (EXCO Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna) serta ADUN Ayer Molek, YB Datuk Rahmad Mariman dilantik sebagai EXCO Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir dan ADUN Rembia, YB Datuk Muhammad Jailani Khamis menerajui portfolio EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan.

Norliza juga mengucapkan tahniah kepada YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mengetuai portfolio Perancang Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Hal Ehwal Agama.

“Moga penyampaian khidmatan kerajaan berteraskan “Kestabilan Demi Kemakmuran” diterjemahkan secara tuntas demi pembangunan ekonomi negeri, kesejahteraan kesihatan awam negeri serta kebaikan rakyat Melaka secara keseluruhannya,’ ujar Norliza. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close