Dimensi BisnesPilihan Editor

AIM Keluar Pembiayaan RM980 Juta Bantu Usahawan Mikro

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) mengeluarkan pembiayaan RM980 juta kepada usahawan mikro bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Pengarah Urusan AIM Mohamed Shamir Abdul Aziz, berkata jumlah itu adalah 45 peratus daripada sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.

“Kita menjangkakan sehingga hujung tahun ini untuk mengeluarkan pembiayaan sebanyak RM2.4 bilion dan ia adalah sasaran untuk membantu seramai 340,000 sahabat usahawan mikro,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri AIM di sini.

Majlis turut dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close