Duniaku TeknokratPilihan Editor

Iskandar Mizal Dilantik Pengarah Urusan MAHB

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melantik Datuk Iskandar Mizal Mahmood sebagai Pengarah Urusan baharu berkuat kuasa 25 Oktober 2021.

Beliau adalah tokoh korporat dengan pengalaman lebih 32 tahun dan berkhidmat di beberapa syarikat termasuk multinasional dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam pelbagai sektor, dengan 18 tahun di jawatan kepimpinan.

MAHB dalam kenyataannya berkata, Iskandar Mizal pernah berkhidmat sebagai Pengurus Besar di syarikat itu dari 1999 hingga 2003, dengan menerajui tawaran awam permulaan (IPO) dan penyenaraiannya di Bursa Malaysia.

“Portfolionya di MAHB termasuk kewangan, kewangan korporat, pembangunan perniagaan dan hubungan pelabur.

Iskandar Mizal juga mempunyai latar belakang logistik dan pos selepas berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Pos Malaysia Bhd dari 2013 hingga 2015.

Beliau juga pakar inisiatif pemulihan dengan menerajui usaha pemulihan Media Prima dengan kapasiti sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan dari 2019 hingga 2020 dan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dari 2020 hingga 2021. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close