Berikut ialah intipati ekonomi Belanjawan 2021 bertemakan “Teguh Kita, Menang Bersama” yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Parlimen hari ini.
- Belanjawan 2021 dirangka berdasarkan Tiga Matlamat Induk iaitu Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Ekonomi dan Ketahanan Ekonomi
- Kerajaan bercadang menaikkan siling Kumpulan Wang COVID-19 sebanyak RM20 bilion kepada RM65 billion untuk membiayai pakej bantuan tambahan KITA PRIHATIN
- Sejumlah RM1 bilion akan diperuntukkan lagi tahun hadapan untuk membendung gelombang ketiga COVID-19
- Had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan diri, pasangan dan anak bagi penyakit serius dinaikkan kepada RM8,000 daripada RM6,000
- Bantuan RM1,200 diberi kepada isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak
- Cukai pendapatan individu diturunkan sebanyak satu mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000
- Kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pekerja dikurangkan daripada 11 peratus kepada sembilan peratus mulai Januari 2021
- Kerajaan mengumumkan kemudahan pengeluaran Akaun 1 KWSP secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan
- Keseluruhan bayaran bagi pengeluaran Akaun 1 akan melibatkan RM4 bilion
- Kerajaan menyediakan hampir RM28 bilion khusus untuk subsidi, bantuan dan insentif
— BERNAMA