MalaysiaPilihan Editor

Ringgit Jatuh Menjelang Pengumuman OPR Esok

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, menjelang keputusan mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis.

Pada 9.06 pagi, ringgit susut kepada 4.3270/3310 berbanding dolar AS daripada 4.3250/3280 ketika ditutup pada Selasa.

Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari BNM diadakan selama dua hari bermula hari ini.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata pelabur juga menunggu beberapa data ekonomi yang akan dikeluarkan yang mungkin menjadi pemacu utama.

Data lain termasuk Indeks Harga Pengguna yang akan memberi petunjuk mengenai aliran inflasi terkini di United Kingdom (UK) dan Kesatuan Eropah (EU), manakala keputusan berhubung kadar faedah Bank of Japan juga boleh memberi kesan ketara ke atas pasaran.

“Berdasarkan banyak data yang akan dikeluarkan dalam beberapa jam akan datang, lumrah bagi pelabur untuk bersikap ‘tunggu dan lihat’ sebelum membuat keputusan pelaburan baharu.

“Bagaimanapun, jika data itu menepati jangkaan, ringgit mungkin meneruskan pergerakan menaik ke arah 4.2450 berbanding dolar AS, dengan ia boleh mendapatkan sokongan sementara,” katanya kepada Bernama.

Ringgit rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan susut berbanding pound British kepada 5.3131/3180 daripada 5.2804/2841 ketika ditutup pada Selasa serta rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.2758/2793 daripada 3.2683/2711.

Ringgit turun berbanding yen Jepun kepada 3.3592/3628 daripada 3.3582/3608 semalam namun meningkat berbanding euro kepada 4.6684/6727 daripada 4.6788/6820. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close