Calon Barisan Nasional (BN) di Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tidak akan mengambil mudah cabaran bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Mohamed Khaled yang juga Naib Presiden UMNO berkata, beliau sudah pasti akan bekerja kuat untuk menyumbang kepada kemenangan.
Katanya, ia bagi memastikan BN berjaya membentuk kerajaan yang stabil serta kukuh di peringkat Persekutuan.
“Alhamdulillah, saya telah diumumkan sebagai calon BN P156 Kota Tinggi. Saya mengucapkan terima kasih atas mandat serta kepercayaan Pengerusi BN dan kepemimpinan parti meletak saya sebagai calon di Kota Tinggi.
“Pengorbanan dan keikhlasan BN Kota Tinggi akan saya kenang dan balas melalui khidmat yang komited dan bersungguh-sungguh,” katanya dalam kenyataan dimuat naik di akaun Facebooknya, hari ini.