MalaysiaPilihan Editor

TOKYO 2020: Jinq En pecah rekod kebangsaan

Perenang wanita negara, Phee Jinq En memecahkan rekod kebangsaan miliknya dalam acara 100 meter (m) kuak dada pada aksi saringan kedua pusingan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020, hari ini.

Jinq En, 23, menamatkan aksi saringan yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo itu di tempat kedua apabila merakamkan masa 1 minit 08.40 saat (s).

Catatan itu sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan yang dilakukannya sebelum ini di Sukan SEA 2019 di Filipina dengan catatan 1:08.50s.

Bagaimanapun, catatan itu masih belum cukup untuk membolehkan dia yang berpangkalan di Amerika Syarikat sejak lima tahun lalu melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Sebagai rekod, hanya 15 perenang terbaik layak ke peringkat separuh akhir.

“Ini bukanlah acara kegemaran saya tetapi saya tetap akan cuba mempamerkan prestasi terbaik untuk acara ini,” kata Jinq En. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close