MalaysiaPilihan Editor

MENJELANG PRU15: ‘Saya Tidak Umum Bertanding Di Ampang’ – Anwar Ibrahim

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyanggah kenyataan Exco Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang mendakwa beliau tidak yakin untuk menang di kawasan majoriti Melayu.

Ketua Pembangkang itu turut menyangkal desas-desus beliau akan melepaskan kerusi Port Dickson untuk bertanding di Parlimen Ampang yang kini disandang bekas ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

“Jadi saya nak bertanding kerusi (majoriti) Cina? (Mohd) Rashid Hasnon ini siapa dia?

Pasal apa kita hantar ke Batu Pahat? Sebab prestasi (beliau di) Pulau Pinang (ketika) itu kurang memuaskan.

Anwar berkata kenyataan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang berhubung kerusi mana yang bakal ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak sewajarnya ditimbulkan.

Anwar menegaskan beliau memimpin parti majoriti Melayu yang turut membabitkan penyertaan ahli daripada pelbagai kaum.

“Saya tidak pernah uar-uarkan seperti mana BERSATU ataupun UMNO yang merupakan parti Melayu dan Islam,” katanya.

Semalam, beberapa media tempatan melaporkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi Parlimen Ampang kerana takut menghadapi pengundi Melayu di Port Dickson pada PRU15.

Mohd Rasyid yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat turut dilapor berkata, pengundi Melayu sudah dapat menilai kegagalan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) memimpin negara selama 22 bulan sebelum ini. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close