Duniaku Teknokrat

JCorp Kenal Pasti Potensi Pelaburan RM17.4 Bilion Ke Pengerang

Johor Corporation (JCorp) mengenal pasti potensi pelaburan bernilai RM17.4 billion untuk dibawa masuk ke Taman Perindustrian Pengerang (PIP) dekat Kota Tinggi, yang bakal menjadi hab pemprosesan produk hiliran berasaskan minyak dan gas utama rantau ini.

JCorp menerusi satu kenyataan hari ini berkata, potensi pelaburan itu antara lainnya membabitkan operasi kompleks aromatik, loji petrokimia serta perkhidmatan sokongan berkaitan perindustrian minyak dan gas.

Antara produk yang akan dihasilkan adalah bahan mentah dalam bentuk cecair dan pelet untuk pengilang pelbagai barangan plastik bagi keperluan industri seperti beg plastik industri.

“Produk lain yang dijangka dapat dihasilkan termasuk komponen kereta, cat, cecair penyejuk enjin, gentian sintatik, selain produk keperluan pengguna,” kata syarikat itu.

Terdahulu, semalam, JCorp mengadakan taklimat pembangunan PIP yang dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim serta delegasi Ahli Jawatankuasa Pelaksana Projek-Projek Kerajaan Persekutuan (FPSC) di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) serta pegawai kanan Kerajaan Negeri Johor.

Dalam masa yang sama, JCorp berkata, pihaknya turut menganggarkan nilai pembangunan kasar sebanyak RM1.27 bilion menerusi empat fasa projek pembangunan PIP.

PIP yang dijadualkan beroperasi sepenuhnya pada 2023 itu juga bakal mewujudkan ribuan peluang pekerjaan separuh mahir mahupun sokongan.

Setakat ini, kemajuan kerja-kerja penyediaan platform bagi pembangunan projek PIP di tapak seluas 790 ekar itu telah mencapai 77 peratus.

“Dengan memiliki kelebihan yang strategik, JCorp yakin PIP dan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) mampu dipertingkat dan diperkukuhkan sebagai destinasi pelaburan serta hab industri minyak dan gas menerusi kerjasama berterusan kerajaan negeri dan persekutuan,” kata syarikat itu. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close