MalaysiaPilihan Editor

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Bidas Tindakan Emosi Kerajaan Pulau Pinang dan Guan Eng Berhubung Dos Vaksin

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU membidas tindakan emosional Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bagan yang menuduh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai “perlakuan satu jenayah” bagi penyediaan dos vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah sangat serius.

Lebih memburukkan keadaan, ungkapan “Kepala Otak Dia” oleh Ahli Parlimen Bagan di dalam satu video dimuatnaik dalam Facebook yang merujuk kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras PICK adalah satu penghinaan kepada seorang Menteri Kabinet dalam kerajaan PN.

Tegas Senator Datuk Razali Idris yang juga Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Terengganu, ini satu perbuatan kurang ajar dari seorang pemimpin kanan parti DAP yang dilihat terlampau beremosi berikutan tidak boleh menerima kenyataan Tuan Khairy Jamaluddin yang menjelaskan tawaran dua juta dos vaksin Sinovac secara percuma kepada kerajaan Pulau Pinang adalah palsu.

“Malahan pemeriksaan pihak Kerajaan mendapati syarikat yang membuat tawaran berkenaan, Xintai Development Enteprise Ltd, berpangkalan di Hong Kong, tidak wujud,” katanya dalam satu kenyataan media.

Tindakan pelik Lim Guan Eng dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Chow Kon Yeow boleh dipersoalkan dan dianggap tidak mempunyai integriti serta pentadbiran yang tidak cekap andainya benar seperti mana yang dimaklumkan oleh Khairy.

“Ini bukan satu jenaka atau perkara yang perlu dipolitikkan.

“Saya menganggap tindakan pemimpin DAP dan kerajaan Pulau Pinang telah “rosak mentaliti” demi meraih simpati rakyat serta menuduh secara jahat kepada kerajaan PN.

“Malahan, pada awal pandemik COVID-19 melanda negara ini, tiada apa-apa pun pendekatan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang boleh dibanggakan untuk mengekang wabak ini,” ujar Razali lagi.

Sehubungan itu, beliau turut menyokong tindakan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) untuk membuat laporan polis di atas tindakan kerajaan Pulau Pinang yang dikatakan menggunakan surat palsu untuk menuduh kerajaan PN menghalang pemberian vaksin ini. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close