Pilihan EditorTwo Cents

PANDANGAN: Malaysia Pilihan Utama Pelabur Antarabangsa Di Asia Tenggara – Penganalisis

Oleh  Datuk Seri Tan Thian Lai.

Kestabilan politik dan keadaan ekonomi yang inklusif menjadikan Malaysia sebagai pilihan utama pelabur antarabangsa bagi Asia Tenggara.

Faktor itu adalah elemen penting yang mempengaruhi keputusan kalangan pelabur.

Terdapat beberapa syarikat besar dalam industri kenderaan elektrik (EV) dan teknologi kecerdasan buatan (AI) di China dan Hong Kong yang menyatakan minat kepada OBORCC untuk menjadikan Malaysia sebagai hab mereka di luar China.

Hal ini kerana Malaysia dilihat sebagai negara yang strategik dari segi geopolitik, tawaran tenaga kerja mahir serta insentif cukai yang dilihat (pelabur) sebagai peluang yang tidak boleh dilepaskan.

Selain itu, prestasi ringgit yang semakin mengukuh turut menyumbang kepada minat ini.

Ini susulan spread dalam prestasi ringgit menunjukkan kenaikan semula daripada paras sebelumnya, malah pergerakan ringgit kini dalam hala tuju yang tepat sewaktu saya menjelaskan pada sidang media prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2024.

Setakat akhir minggu lalu, tukaran ringgit bernilai RM4.31 berbanding dolar AS.

Dalam pada itu, antara rancangan yang dikemukakan pelabur kepadanya adalah untuk meningkatkan jumlah stesen pengecas EV di Malaysia serta mewujudkan pusat AI utama di rantau Asia Tenggara.

Berdasarkan keyakinan pelabur, tidak mustahil Malaysia akan kembali sebagai ‘Harimau Asia’ yang lebih digeruni. -BERNAMA

  • Penulis ialah Presiden Dewan Perniagaan One Belt One Road (OBORCC).

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close