Malaysia

Menggapai Era Digital, AI Rakyat Teraju Transformasi Teknologi di Malaysia – Ahli Parlimen Batu Gajah

Program ‘AI untuk Rakyat’ perlu diperluaskan dalam memacu transformasi digital negara, terutama rakyat di setiap kawasan Parlimen termasuk Parlimen Batu Gajah, kata Ahli Parlimennya, V Sivakumar.

Beliau berpandangan program ‘AI untuk Rakyat’ telah berjaya menarik sejuta peserta dalam tempoh kurang dari enam bulan, sekaligus menampakkan kesungguhan rakyat yang cakna dalam perihal transformasi digital. 

Pencapaian ini tidak hanya menunjukkan semangat rakyat Malaysia dalam menguasai teknologi terkini, tetapi juga menegaskan keberkesanan dasar kerajaan dalam memacu transformasi digital negara. 

“Program ini merupakan langkah strategik yang sangat relevan untuk mempersiapkan rakyat Malaysia menghadapi cabaran era digital dan Revolusi Perindustrian 4.0.

“Impak program ini amat signifikan, terutama dalam beberapa aspek utama seperti penguasaan teknologi AI telah meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja tempatan dengan menyediakan kemahiran yang sangat diperlukan dalam industri berteknologi tinggi,” kata Sivakumar dalam satu kenyataan. 

Pemerkasaan AI turut membantu usahawan tempatan, terutama bagi membolehkan mereka bersaing di peringkat global dan meningkatkan daya saing mereka di dalam pasaran yang semakin kompleks. 

Selain itu, penggunaan teknologi AI telah mendorong peningkatan produktiviti dan inovasi dalam sektor awam dan swasta, menjadikan proses kerja lebih efisien dan memperkenalkan penyelesaian yang lebih canggih.

Sivakumar yakin program ini juga telah memberi impak positif terhadap pengurangan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar, dengan memperluas akses kepada teknologi AI.

Di samping itu, integrasi kemahiran AI dalam sistem pendidikan telah memperkukuh asas pengetahuan pelajar, mempersiapkan mereka untuk cabaran masa depan dengan lebih baik. 

Untuk manfaat program ini, beliau turut mencadangkan beberapa inisiatif tambahan seperti pengenalan modul lanjutan dan program praktikal yang mendalam, penubuhan pusat kecemerlangan AI di seluruh negara, dan galakan penyelidikan serta pembangunan dalam bidang AI.

Saya menyeru kepada semua lapisan masyarakat untuk mengambil kesempatan daripada program ini dan melibatkan diri dalam ‘AI untuk Rakyat’,” menurut beliau. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close