GovernansMalaysia

PARLIMEN: Bank Perlu Bayar Balik Mangsa Scam Jika Didapati Cuai – PM

Bank perlu membayar balik mangsa scammer sekiranya dikenalpasti berlaku kecuaian oleh institusi terbabit sehingga menyebabkan berlakunya jenayah scam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, perkara berkenaan tertakluk dalam peruntukan undang-undang di bawah Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) Akta 593.

“Kalau dikenal pasti kecuaian bank, bank akan bayar. Umpamanya setakat ini, mengikut Seksyen 413, KTJ, 138,407 (wang milik mangsa scam) sudah dipulangkan, maknanya ada (yang sudah dapat balik wang mereka).

“Sekiranya (dikenal pasti) bank tak memantau mengikut peraturan, jadi bank mesti bayar ganti rugi.

Beliau menjawab soalan tambahan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) yang ingin tahu sama ada bank boleh dipertanggungjawabkan sekiranya didapati cuai dan menyebabkan kecurian wang di akaun bank pengguna. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close