Dimensi BisnesMalaysiaPilihan Editor

PM Menyantuni dan Berdiskusi Sidang Video Bersama Pengasas Aplikasi Grab

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Alu-alukan anak muda untuk terlibat di dalam perniagaan digital dan ekonomi gig !

Itulah pandangan jauh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sesi diskusi melalui sidang video bersama dua dua anak muda yang menjadi pengasas aplikasi Grab, Anthony Tan dan Tan Hooi Ling yang awalnya dulu bermula di Segambut, Kuala Lumpur, baharu-baharu ini.

Dalam perbincangan berkenaan, Perdana Menteri menerusi muatnaik dalam Facebook turut memaklumkan bahawa mereka (Grab) menzahirkan komitmen untuk membantu menyediakan peluang pekerjaan alternatif kepada anak muda, merancakkan lagi sektor ekonomi gig dan membuka platform kepada peniaga kecil di luar bandar.

“Aspek-aspek lain seperti kebajikan dan keselamatan rakan penghantar turut dibincangkan dan diberikan perhatian supaya menjadi keutamaan.

“Saya mengalu-alukan dan menggalakkan lebih ramai anak muda untuk terlibat di dalam perniagaan digital dan ekonomi gig yang dilihat mampu menjana pendapatan yang baik ketika ini,” kata Ismail lagi. – BACALAHMALAYSIA.MY/FB ISMAIL SABRI YAAKOB

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close