Kedai RuncitPilihan Editor

Pasukan Khas Ditubuhkan Siasat Industri Ayam, Telur

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat isu berkaitan industri ayam dan telur.

Penubuhan pasukan itu selaras arahan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).

MyCC berkata, penyiasatan dalam isu itu sedang berjalan lancar sejak semalam termasuk menjalankan aktiviti serbuan dan pengambilan kenyataan perusahaan dan individu berkaitan.

“MyCC turut mendapat sokongan dan kerjasama padu dalam aktiviti penyiasatannya, termasuk daripada pihak tertentu yang sedang mempertimbangkan untuk memohon kelonggaran bawah Seksyen 41, Akta Persaingan 2010, untuk membantu MyCC menyiasat perkara ini.

Pihak yang berminat digesa menghubungi MyCC melalui talian di 03-22732277 (IED) atau e-mel kepada [email protected]. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close