Malaysia mungkin boleh mempertimbangkan pengenalan cukai nilai tambah (VAT) yang diubah suai dengan memanfaatkan penggunaan sistem pengkomputeran yang akan memantapkan lagi kutipan cukai itu berbanding kembali kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Beliau berkata, yang penting adalah memastikan cukai kepenggunaan tidak membebankan dan ia lebih sesuai dengan keadaan semasa sekarang.
“Daripada kembali kepada GST, kita harus pergi kepada VAT yang diubah suai. Dengan ini, secara asasnya kekuatan kutipan GST boleh diserapkan dengan mudah,” katanya ketika sesi panel pada Persidangan Cukai Kebangsaan 2023 di sini, hari ini.
Ia biasanya dikira dengan VAT, cukai tidak langsung yang dikenakan pada setiap peringkat pembuatan dan pengedaran barang pada nilai tambahan.
Contohnya, beliau berkata, makan di luar telah menjadi satu keperluan pada hari ini dan bukan satu kemewahan bagi golongan kelas pertengahan. – BH ONLINE