MalaysiaPilihan Editor

Harimau Malaysia Menjadi Lambang Keberanian, Integriti & Perpaduan Nasional – Kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Lambang Keberanian !

Integriti !

Perpaduan Nasional !

Kesemua ciri-ciri ini adalah lambang yang dijadikan kebanggaan negara Malaysia menerusi Harimau Malaya.

Elemen yang eksotik terdapat pada haiwan berkenaan merupakan spesies ikonik negara yang menjadi simbol dalam Jata Negara.

Harimau Malaya turut dijadikan sebagai ikon oleh pelbagai agensi Kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta.

“Harimau Malaysia menjadi lambang keberanian, integriti dan perpaduan nasional,” kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Walau bagaimanapun, beliau turut menegaskan akan kehilangan Harimau Malaya buat selama-lamanya jika usaha tidak diambil untuk melindungi dan meningkatkan populasi Harimau Malaya.

Menurut dapatan awal Survei Harimau Kebangsaan Pertama (First National Tiger Survey – NTS) yang dijalankan di seluruh Semenanjung Malaysia melibatkan kawasan kajian seluas 44,000 kilometer persegi, populasi Harimau Malaya dianggarkan kurang daripada 200 ekor.

Data ini menunjukkan populasi Harimau Malaya berada pada tahap yang sangat membimbangkan dan diancam kepupusan.

NTS yang bermula pada tahun 2016 dijangka selesai pada Oktober tahun ini dan bilangan sebenar populasi Harimau Malaya akan saya umumkan secara rasmi pada penghujung tahun ini selepas semua data dianalisis.

“Kementerian saya juga akan menumpukan segala sumber dan tenaga bagi memastikan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang merupakan habitat asal spesies ikonik ini dipelihara menerusi pelaksanaan Pelan Induk Central Forest Spine (CFS) dengan kerjasama setiap Kerajaan Negeri yang terlibat,” kata Shamsul Anuar.

Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Hari Konservasi Harimau dan Gajah Peringkat Kebangsaan di Zoo Taiping hari ini.

Harimau dan gajah merupakan antara hidupan liar yang terancam dan dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) telah menyenaraikan harimau dan gajah sebagai Appendix 1 iaitu spesies yang tidak boleh diimport dan dieksport kecuali untuk tujuan seperti penyelidikan dan zoo di mana permit import dan eksport perlu dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pengurusan (Management Authority) negara pengimport dan pengeksport.

International Union for Conservation of Nature (IUCN) Red List of Threatened Species mengkelaskan kedua-dua hidupan liar ini sebagai ‘Sangat Terancam’ (Critically Endangered).

Shamsul Anuar menegaskan menerusi kementeriannya memandang serius keperluan untuk memastikan kelangsungan hidup harimau dan gajah.

“Pelbagai usaha telah dilaksanakan melalui National Tiger Conservation Action Plan 2008-2020 (NTCAP) dan National Elephant Conservation Action Plan ((NECAP) dengan kerjasama Kerajaan Negeri, agensi-agensi penguatkuasaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya lagi.

Dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memulihara Harimau Malaya, menurut beliau, Kempen ‘Selamatkan Harimau Malaya’ yang dimulakan pada tahun 2019 akan dilaksanakan secara berterusan bagi memantapkan penglibatan semua pihak dalam menyokong usaha Kerajaan untuk menyelamatkan Harimau Malaya.

“Di samping itu, KeTSA juga sedang membangunkan Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan (National Tiger Conservation Centre – NTCC) di Lanchang, Pahang bagi menyokong program konservasi Harimau Malaya. Pusat konservasi ini dijangka siap dan beroperasi pada tahun 2021,” katanya.

Dalam pada itu, BERNAMA melaporkan tiga anak Harimau Malaya atau nama saintifiknya ‘Panthera Tigris Jacksoni’ yang dilahirkan di Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) pada 12 April lepas, secara rasmi dinamakan sebagai Puntum, Teja dan Bayu.

Nama anak harimau berkenaan diumumkan oleh selebriti tanah air yang juga aktivis alam sekitar Maya Karin.

Nama Puntum diberikan kepada anak harimau jantan, manakala Teja dan Bayu masing-masing diberikan kepada anak harimau betina, yang kesemuanya berusia empat bulan.

Nama-nama berkenaan diperolehi menerusi tiga daripada 5,827 peserta Pertandingan Menamakan Tiga Ekor Anak Harimau anjuran ZTNS sempena Hari Harimau Sedunia pada 29 Julai lepas. – BACALAHMALAYSIA.MY/BERNAMA

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close