Dimensi Bisnes

PKS Digalak Hantar Pulang, Tukar Hasil Eksport Kepada Ringgit

Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menghantar pulang serta menukar hasil eksport mereka kepada ringgit bagi menguatkan mata wang negara.

Ini susulan gesaan Bank Negara Malaysia (BNM) supaya perniagaan berbuat demikian sebagai sebahagian daripada pendekatan ‘seluruh negara’ untuk memastikan kestabilan ringgit.

Presiden Negara SAMENTA, Datuk William Ng, berkata syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) sudah mula berbuat demikian dan telah menunjukkan kesan awal.

“Oleh itu, sekarang adalah masa yang sesuai untuk PKS membawa pulang simpanan mereka di luar negara bagi menyokong matawang ringgit. Secara tidak langsung ia akan membantu mengurangkan ketidakstabilan nilai matawang ringgit dan memudahkan perniagaan untuk merancang kos dan pengembangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ng berkata SAMENTA mengulangi gesaan agar rakyat Malaysia membeli produk dan perkhidmatan buatan tempatan terlebih dahulu. Ini susulan kepada cadangannya pada tahun lalu berkaitan pengenalan cukai barangan bernilai rendah bagi menyama taraf untuk penjual tempatan selain membendung pengaliran keluar ringgit.
“Ini juga akan membantu menyokong ekonomi dalam jangka panjang, mengurangkan tekanan inflasi serta membolehkan syarikat tempatan meningkatkan keupayaan mereka,” tambahnya. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close